Friday, 12 April 2013

SPM.

Sijil Pelajaran Malaysia.

Ya, tak pernah ada perkataan 'tersalah tajuk'. Agak tegas bunyinya. 

Tarik nafas panjang bila dapat update blog. Alhamdulillah, akhirnya. Dari awal tahun lagi dah azam yang nak belajar betul-betul tahun 2013. Tahun akhir bak kata adik-adik junior dekat sekolah. Allah, sedih pulak. Rasa macam zaman 2011 lagi. Zaman tingkatan 3 gitu. Hihi. 

Perasan muda. Krik krik.

Tapi, insya-Allah kalau kita usaha mesti ada hasilnya. Ambik sikit dari kata-kata ustazah dalam kelas beberapa hari yang lalu. Niat belajar kerana Allah, bukan kerana nak lulus periksa. 

''Saya nak ajar kamu bukan untuk dapat A+ dalam peperiksaan sahaja tapi saya ajar kamu supaya bila habis sekolah nanti kamu tak terus tinggalkan pelajaran agama dan saya nak kamu semua amalkan dengan baik."

Ia, itulah pesan ustazah. Akan aku ingat sampai bila-bila. 




Masa sastera.

"Saya target kelas kamu ada empat orang yang akan dapat A+."

Nadi aku rasa macam nak putus. Hiperbola. 

Seperti yang dijangka, mestilah nama pertama yang disebut Zulaikha. Best student merangkap teman sperjuangan aku. Aku sendiri akui yang dia memang pandai, dalam ranking sekolah dia pernah dapat nombor satu. 

Jadi, memang tak mustahil.

Aku sendiri tak pernah target untuk dapatkan semua A+ dalam matapelajaran. But i HAVE to get atleast 2A's for this exam. Tapi, insya-Allah akan berusaha lebih keras untuk dapatkan lebih. Yang penting doa, usaha dan tawakal. Serius, aku tak pernah target sastera aku untuk dapat A+ dalam SPM. Tapi peperiksaan haritu dapat jugak. Bersyukur sangat. Alhamdulillah. Walaupun setiap kali periksa selalu dapat B+ dan ke atas. Untuk dapatkan A+ tu mungkin payah. 

Mungkin. Tapi kalau dah usaha Allah mesti balas setiap apa yang kita buat. Allah tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNya. Saya percaya itu. Do insert my name in your du'a.

"If you believe in yourself, anything is possible." May Allah bless us. Ameen.

Salam xx

No comments:

Post a Comment