Friday 19 April 2013

Talk.

Setiap hari jumaat datang sekolah terus masuk surau. Kebiasaannya memang setiap pagi jumaat tu ada bacaan yassin dan sedikit tazkirah buat pelajar-pelajar.

Manusia mudah lupa.

Tazkirah yang disampaikan oleh ustaz harini tentang kematian. 

Ya, kematian. Tak salah dengar lagi.

Allah, bila bercakap tentang kematian. Teringat tentang dosa-dosa lalu yang pernah aku lakukan dahulu. Banyak sangat bagaikan pasir di tepi pantai yang tak terhitung. Tapi ustaz pesan tadi, pintu taubat itu sentiasa terbuka untuk kita. 

24 jam sehari. 

Bila difikir-fikirkan balik memang betul cakap ustaz. 



Ustaz dengan ustazah banyak bagi kekuatan pada diri untuk terus mendalami ilmu. Tahun spm, tahun yang paling banyak kene berkorban. Aku dapat rasakannya. 

"Bila kamu keluar sahaja daripada sekolah tahun depan baru kamu tahun betapa susahnya hidup ni." - Cikgu Sastera.

But sometimes, memang rasa letih dan cepat nak mengalah rasa malas nak ulangkaji. Tapi kuatkan jugak semangat ni, penat semua orang penat. Bila rasa letih dan sebagainya aku akan pegi pada niat asalnya. Niat semestinya kerana Allah.

Moga apa yang ustaz sampaikan pagi tadi akan menguatkan lagi semangat diri ini. Amin.

So I guess that's it, I'll try to update again after spm and wish me luck and I can't wait to talk to you people again soon :)

Salam ukhuwwah fillah. enjoy x

Friday 12 April 2013

SPM.

Sijil Pelajaran Malaysia.

Ya, tak pernah ada perkataan 'tersalah tajuk'. Agak tegas bunyinya. 

Tarik nafas panjang bila dapat update blog. Alhamdulillah, akhirnya. Dari awal tahun lagi dah azam yang nak belajar betul-betul tahun 2013. Tahun akhir bak kata adik-adik junior dekat sekolah. Allah, sedih pulak. Rasa macam zaman 2011 lagi. Zaman tingkatan 3 gitu. Hihi. 

Perasan muda. Krik krik.

Tapi, insya-Allah kalau kita usaha mesti ada hasilnya. Ambik sikit dari kata-kata ustazah dalam kelas beberapa hari yang lalu. Niat belajar kerana Allah, bukan kerana nak lulus periksa. 

''Saya nak ajar kamu bukan untuk dapat A+ dalam peperiksaan sahaja tapi saya ajar kamu supaya bila habis sekolah nanti kamu tak terus tinggalkan pelajaran agama dan saya nak kamu semua amalkan dengan baik."

Ia, itulah pesan ustazah. Akan aku ingat sampai bila-bila. 




Masa sastera.

"Saya target kelas kamu ada empat orang yang akan dapat A+."

Nadi aku rasa macam nak putus. Hiperbola. 

Seperti yang dijangka, mestilah nama pertama yang disebut Zulaikha. Best student merangkap teman sperjuangan aku. Aku sendiri akui yang dia memang pandai, dalam ranking sekolah dia pernah dapat nombor satu. 

Jadi, memang tak mustahil.

Aku sendiri tak pernah target untuk dapatkan semua A+ dalam matapelajaran. But i HAVE to get atleast 2A's for this exam. Tapi, insya-Allah akan berusaha lebih keras untuk dapatkan lebih. Yang penting doa, usaha dan tawakal. Serius, aku tak pernah target sastera aku untuk dapat A+ dalam SPM. Tapi peperiksaan haritu dapat jugak. Bersyukur sangat. Alhamdulillah. Walaupun setiap kali periksa selalu dapat B+ dan ke atas. Untuk dapatkan A+ tu mungkin payah. 

Mungkin. Tapi kalau dah usaha Allah mesti balas setiap apa yang kita buat. Allah tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNya. Saya percaya itu. Do insert my name in your du'a.

"If you believe in yourself, anything is possible." May Allah bless us. Ameen.

Salam xx